Jalani Kehidupan Berkomuniti dalam Norma Baharu

blog norma baharu

Bagi kebanyakan masyarakat, pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) merupakan suatu lonjakan di dalam usaha menangani wabak pandemik COVID-19. Sebagai masyarakat berkomuniti yang bertanggung jawab, kita seharusnya terus peka dan terus mengambil langkah berjaga-jaga sehingga wabak ini berakhir. Kita juga disarankan agar tidak panik sehingga menjadi punca kerja seharian terbantut. Kerana itulah, kita patut mematuhi saranan kerajaan dan pihak berkuasa sepanjang PKPP ini, di mana akan kehidupan seharian kita akan mengalami perubahan - Selamat datang ke Norma Baharu.

Sedikit sebanyak tentang Norma Baharu yang anda perlu tahu

  • Tetap mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya 1 meter
  • Jaga kebersihan dengan sanitasi termasuk memakai sanitizer, kerap cuci tangan dengan sabun, memakai pelitup muka di tempat awam (pengangkutan awam, pejabat dan pusat membeli belah)
  • Para ibu bapa, didik anak-anak tentang kebersihan dan bekalkan mereka dengan sabun tangan dan sanitizer. Jika bergejala, jangan hantar anak anda ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.
  • Biasakan diri anda dengan penggunaan online untuk sebarang urusan (contoh: pembelian secara online, perkhidmatan hantaran, penggunaan aplikasi untuk sebarang perkhidmatan)
  • Jana kembali ekonomi negara dengan liburan dalam negara, sambil mengelak berkerumun dengan orang ramai.
  • Rancang aktiviti komuniti dan kejiranan anda dengan mematuhi syarat dan saranan yang dikenakan, serta elak berkongsi makanan.

 

 

 

blog norma baharu poster

Dalam Norma Baharu, pengetahuan adalah penting untuk semua, tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Jangan merasa janggal dalam menjalani kehidupan Norma Baharu, demi menamat dan melupuskan wabak ini sepenuhnya.