Tiga Fasa Penubuhan Persatuan Penduduk di Malaysia

Resident association

Persatuan Penduduk (Resident Association (RA)) merupakan sebuah badan pertubuhan yang terdiri daripada sekumpulan individu dari kejiranan yang sama, dan bersetuju untuk bersama menangani segala perihal berkaitan dengan komuniti mereka. Kumpulan ini boleh terdiri daripada penduduk, tuan rumah, tuan rumah perkongsian dan para penyewa.

Isu-isu komuniti yang sering dibicarakan oleh RA selalunya berkait rapat dengan keselamatan orang ramai. Sebagai contoh, kes pecah rumah, penculikan atau gangguan di tempat awam merupakan perlunya penubuhan sekuriti dan kawasan kejiranan berpagar. Apabila RA ditubuhkan, maka RA tersebut secara rasmi boleh mengutip wang daripada penduduk untuk pelbagai tujuan menambah baik keamanan dan kelestarian komuniti, termasuklah mengupah pengawal keselamatan.

Kebiasaannya, kutipan ini dilakukan secara manual oleh Bendahari Persatuan Penduduk terhadap penduduk komuniti kejiranan tersebut dengan menggunakan Whatsapp sebagai pengantara untuk berkomunikasi mengenai status atau laporan bulanan pembayaran oleh penduduk dan segala pembayaran dilakukan akan dicatat oleh Bendahari di dalam Excel. Tetapi kini ada cara yang lebih mudah untuk mengautomasikan kerja manual Bendahari dengan menggunakan sistem lived-in

Jika komuniti anda masih belum menubuhkan RA, dan bercadang untuk menubuhkanya, tiga langkah ini boleh dijadikan sebagai rujukan.

Sebelum Mendaftar Persatuan Penduduk

  1. Adakan mensyuarat penaja dengan minimum tujuh (7) orang, sepakat untuk menubuhkan RA.
  2. Tetapkan nama RA, alamat rasmi RA serta perlantikan ahli jawatan kuasa (AJK).
  3. Minit mesyuarat perlu disediakan serta fi RM30 untuk yuran pendaftaran. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian di www.eroses.gov.my

 

Semasa Mendaftar Persatuan Penduduk

  1. Wakil atau Setiausaha RA perlu mengaktifkan akaun eROSES dan mengisi segala maklumat yang dinyatakan. Maklumat-maklumat yang diperlukan ini termasuklah butiran mengenai RA yang ingin ditubuhkan serta maklumat terperinci semua AJK yang telah dilantik, termasuk maklumat peribadi. Selain itu, maklumat mengenai mensyuarat penubuhan dan perlembagaan turut perlu dinyatakan semasa mendaftar.
  2. Bayaran RM30 adalah dikenakan dan perlu dilangsaikan di kaunter Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau atas talian dalam masa 90 hari. Segala maklum balas adalah menerusi e-Mel yang di daftar, termasuk keputusan permohonan yang selalunya memakan masa dalam masa lima hari bekerja.

 

Selepas Pendaftaran Persatuan Penduduk

  1. Setelah mendapat kelulusan, RA boleh memilih untuk mengadakan mesyuarat agung pertama dalam tempoh 3 bulan pertama.
  2. Setiausaha hendaklah merekodkan perjalanan mesyuarat dan mengemukakan penyata tahunan (setiap tahun) melalui www.eroses.gov.my menggunakan modul Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari dari tarikh mesyuarat.
  3. Minit mesyuarat pula perlu dihantar kepada semua ahli dalam tempoh tiga (3) bulan selepas selesai mesyuarat. 

                
Mesyuarat agung khas pula boleh dijalankan apabila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa; atau setiausaha menerima permintaan bertulis daripada tidak kurang satu perlima (1/5) ahli yang berhak mengudi. Ia hendaklah mengandungi sebab dan tujuan mesyuarat diadakan.Mesyuarat khas ini perlu diadakan dalam tempoh satu (1) bulan setelah menerima permintaan.

Mesyuarat jawatankuasa pula lazimnya setiap tiga (3) bulan sekali, mengikut ketetapan perlembagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penubuhan RA, sila layari  http://www.ros.gov.my